Rabu, 6 Mei 2020 | 6:38pm
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima sumbangan peralatan perlindungan diri untuk kegunaan petugas barisan hadapan daripada Pengarah Urusan Bullish Aim Datuk Lion Peh di Kementerian Pertahanan. - Foto NSTP/Mohamad Faris Mohamad Fuad

COVID-19: MINDEF terima sumbangan PPE untuk petugas barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima sumbangan wang tunai dan pelbagai barangan bernilai lebih RM500,000 daripada tiga syarikat korporat bagi membantu petugas barisan hadapan menangani penularan COVID-19.

Sumbangan itu diterima Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Antara penyumbang adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) yang memberi peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai lebih RM10,000.

Sumbangan itu disampaikan Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Abdul Fattah berkata, sumbangan 10,000 topeng muka, 24 botol cecair pembasmi kuman dan 2,000 sarung tangan bernilai lebih RM10,000 adalah sebagai komitmen pihaknya untuk membantu kerajaan memerangi COVID-19.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima sumbangan peralatan perlindungan diri daripada Presiden ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua kanan) di Kementerian Pertahanan. - Foto NSTP/Mohamad Faris Mohamad Fuad

Setakat ini, ANGKASA sudah memberikan sumbangan kepada beberapa agensi dengan nilai keseluruhan kira-kira RM100,000, katanya ketika ditemui BH, di Wisma Pertahanan, hari ini.

Selain ANGKASA, MINDEF turut menerima sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk disalurkan kepada Tabung COVID-19 daripada Pengarah Urusan Bullish Aim, Datuk Lion Peh.

Pengarah Eksekutif T7 Global Berhad, Tan Sri Tan Kean Soon, pula menyerahkan 10,000 topeng muka dan satu alat pengesanan COVID-19 kepada kementerian terbabit.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X