Khamis, 30 April 2020 | 1:17pm
Infografik dari Twitter KKM.
Infografik dari Twitter KKM.

Kedah pula zon hijau

KUALA LUMPUR: Tiada kes baharu di kesan di Kedah setakat jam 12 tengah hari semalam, menjadikan negeri itu negeri ketiga zon hijau selepas Perlis dan Kelantan.

Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti Kelantan pada Selasa.

Kesemua 11 daerah di Kedah merekodkan sifar kes aktif berbanding jumlah keseluruhan 95 kes sebelum ini.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), zon hijau terus bertambah 88 daerah setakat semalam berbanding 85 daerah hari sebelumnya.

Infografik dari Twitter KKM.
Infografik dari Twitter KKM.

Infografik CPRC juga menunjukkan jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 94 kes baharu COVID-19 di negara ini setakat jam 12 tengah hari semalam.

Tiga daerah di Kuala Lumpur masih berada dalam zon merah kecuali Cheras yang mencatatkan penurunan kes aktif iaitu kini sebanyak 27 kes.

Selain itu, Sarawak turut mencatatkan kedua tertinggi kes positif COVID-19 yang masih aktif di zon merah iaitu 229 kes, diikuti Johor sebanyak 132 kes, Selangor (103), Negeri Sembilan (57), Pahang (37) dan Melaka (48).

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X