Isnin, 20 April 2020 | 8:34pm
Pasukan khas ‘Jammed Squad’ polis trafik hadir membantu petugas sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ pada waktu puncak ketika tinjauan di Cheras. - NSTP/Aizuddin Saad

Anggota polis trafik dari pasukan khas ‘Jammed Squad’ membantu petugas sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ pada waktu puncak ketika tinjauan di Cheras. NSTP/Aizuddin Saad

Jammed Squad pantau, suraikan kesesakan di sekatan jalan

PETALING JAYA: Pasukan khas ‘Jammed Squad’ hari ini memulakan peranan mereka menyuraikan kesesakan lalu lintas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, terutama pada waktu puncak.

Penugasan utama mereka adalah memantau kesesakan yang berlaku dan menyampaikan maklumat kesesakan itu kepada petugas di SJR bagi membolehkan mereka mencari jalan paling sesuai untuk menyuraikan kesesakan yang berlaku.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin, berkata apabila berlaku kesesakan di satu-satu lokasi SJR, ‘Jammed Squad’ menjadi mata dan telinga kepada petugas di SJR.

Pasukan khas ‘Jammed Squad’ polis trafik hadir membantu petugas sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ pada waktu puncak ketika tinjauan di Cheras. - NSTP/Aizuddin Saad
Pasukan khas ‘Jammed Squad’ polis trafik hadir membantu petugas sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ pada waktu puncak ketika tinjauan di Cheras. - NSTP/Aizuddin Saad

Apabila berlaku kesesakan, anggota polis yang berada di SJR tidak mengetahui keadaan sebenar kesesakan berkenaan yang mungkin melangkaui lebih satu kilometer. Apabila berlaku situasi sedemikian, anggota ‘Jammed Squad’ akan memeriksa sejauh mana kesesakan yang berlaku dan melaporkannya pada anggota di SJR.

“Pada masa sama, pasukan ini yang menaiki motosikal akan membantu menyuraikan aliran trafik dengan mengarahkan kenderaan perkhidmatan penting menggunakan laluan khas yang disediakan,” katanya selepas melakukan tinjauan penugasan ‘Jammed Squad’ di SJR Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Batu 11 Puchong, di sini, semalam.

Selain SJR di LDP itu, pasukan itu turut melakukan pemantauan di SJR Jalan Cheras menghala ke ibu negara.

Anggota polis trafik dari pasukan khas ‘Jammed Squad’ mengawal lalulintas serta membantu petugas sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ‘luar biasa’ pada waktu puncak ketika tinjauan di Cheras. - NSTP/Aizuddin Saad

Ini kerana lokasi itu turut dikenal pasti sebagai satu daripada 16 lokasi SJR yang sering mengalami kesesakan.

Berdasarkan pemantauan di dua lokasi terbabit hari ini jumlah kenderaan perdagangan dan persendirian yang menggunakan laluan di situ pada waktu puncak, semakin berkurangan.

“Ini mungkin kerana orang ramai mengambil nasihat Pengarah JSPT Bukit Aman, semalam yang meminta mereka tidak keluar pada waktu puncak untuk mengelakkan bertembung dengan orang perlu keluar untuk bekerja,” katanya.

Masih ada segelintir individu yang diperiksa memberi alasan mahu keluar membeli barang keperluan, namun jumlahnya sedikit.

Keadaan itu diharap akan berterusan hingga tempoh pelaksanaan PKP berakhir bagi memastikan kenderaan persendirian yang bertugas dalam sektor penting serta kenderaan perdagangan tidak lagi kerap terperangkap dalam kesesakan luar biasa.

Semalam, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memaklumkan pasukan ‘Jammed Squad’ ditubuhkan untuk memantau kesesakan lalu lintas di setiap SJR dan ia adalah inisiatif pihak polis dalam memberi respons dengan pantas.

Pasukan itu terdiri daripada 20 pegawai dan anggota JSPT yang menunggang motosikal akan bergerak ke lokasi SJR termasuk melakukan pemantauan udara menggunakan dron.

Berdasarkan analisis polis, beberapa lokasi dikesan kerap berlaku kesesakan terutama pada dua waktu puncak hari bekerja iaitu antara jam 7 pagi hingga 1 tengah hari serta jam 4 petang hingga 7 malam.

JSPT turut mengenal pasti beberapa lokasi di empat kontinjen yang mengalami kesesakan hingga lebih satu kilometer pada satu masa iaitu di enam lokasi di Kuala Lumpur, Selangor (5), Melaka (4) dan Johor (1).

Berita Harian X