Isnin, 13 April 2020 | 6:23pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

COVID-19: KKM kenal pasti dua subkluster di Kuantan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti dua subkluster saling berkaitan bagi jangkitan COVID-19 di Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia adalah hasil aktiviti tertumpu dijalankan kementerian melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar berisiko tinggi

Katanya, kluster individu dalam pemantauan (PUI) Bali di Kuantan itu membabitkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.

“Sehingga 13 April, sebanyak 20 orang sudah dikenal pasti dalam kluster ini iaitu 14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dua orang sudah sembuh, tiga dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang meninggal dunia (kes ke-1,575).

“Daripada semua jumlah itu, terdapat tiga anggota kesihatan yang terbabit dalam kluster ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks (kes ke-4,684) bagi kluster itu mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia dan kemudian mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks.

"Kes ke-1,575 kemudian sudah menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.

“Terdapat 339 kontak rapat sudah dikenal pasti dan ujian saringan COVID-19 dijalankan termasuk 202 anggota kesihatan.," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X