Jumaat, 3 April 2020 | 11:06am
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.FOTO/NSTP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.FOTO/NSTP

Kebenaran solat tarawih di masjid, surau bergantung pada PKP

PUTRAJAYA: Kebenaran melaksanakan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ke fasa ketiga atau tidak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya akan membuat kenyataan selepas pengumumum PKP dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan berkenaan solat Tarawih dan kita akan melihat yang terbaik dalam isu ini

"Sekiranya ada perkembangan baharu dan wabak COVID-19 itu dapat dibendung kita akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media pada Majlis Penyampaian Sumbangan Musa'adah COVID-19 dan Penyerahan Zakat dari Bank Rakyat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ).

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira seminggu selepas PKP fasa kedua tamat iaitu pada 14 April ini.

Pada majlis itu Bank Rakyat menyumbang sebanyak RM1.5 juta untuk Tabung Musa'adah COVID-19 dan RM 2.58 juta kepada PPZ.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X