Jumaat, 27 March 2020 | 5:20pm
Kes ke-26 lelaki berusia 53 tahun meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Foto hiasan NSTP/ABDULLAH YUSOF
Kes ke-26 lelaki berusia 53 tahun meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Foto hiasan NSTP/ABDULLAH YUSOF

COVID-19: 26 kematian sehingga petang ini

PUTRAJAYA: Tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hari ini dan menjadikan jumlah terkumpul 26 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kematian ke 25 (kes ke-2,032) ialah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

“Bagi kes kematian ke-26 (kes ke-1,321), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309).

“Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 pada 10.30 pagi,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Berita Harian X