Isnin, 23 March 2020 | 12:15pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

COVID-19: Pengerusi surau korban ke-11

KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian berkaitan COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian seramai 11 orang, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah kes positif ke-1,070 membabitkan seorang rakyat tempatan berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari. Kementerian Kesihatan juga dimaklumkan beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.

“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi.

Noor Hisham berkata, individu itu disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac jam 9.05 malam,” katanya.

Berita Harian X