Khamis, 27 Februari 2020 | 12:31pm
Seramai 416,416 calon peperiksaan SPM 2019 akan mengetahui keputusannya, 5 Mac ini. - Foto hiasan
Seramai 416,416 calon peperiksaan SPM 2019 akan mengetahui keputusannya, 5 Mac ini. - Foto hiasan

SPM diumumkan 5 Mac

PUTRAJAYA: Seramai 416,416 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan mengetahui keputusannya, 5 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, berkata daripada jumlah itu, seramai 357,010 ialah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Kenyataan itu berkata, 8,320 pula calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan; sekolah menengah agama negeri (8,317); sekolah menengah agama rakyat (2,209); sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (14,203) dan calon persendirian (26,357).

“Calon boleh memperoleh keputusan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh itu.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Semakan keputusan SPM 2019 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMAngkaGiliran dan SMS ke 15888,” katanya.

Kenyataan itu berkata, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi Khamis depan dan ditamatkan pada 6 petang 11 Mac nanti.

Pada masa sama, semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

Berita Harian X