Isnin, 24 Februari 2020 | 3:10pm
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan pintu masuk kediaman peribadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Mines, Seri Kembangan. NSTP/Aizuddin Saad
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan pintu masuk kediaman peribadi Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Mines, Seri Kembangan. NSTP/Aizuddin Saad

Pemimpin bertali arus kunjungi rumah Dr Mahathir

SERI KEMBANGAN: Beberapa pemimpin utama parti politik dilihat mengunjungi kediaman Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini, sebentar tadi.

Antaranya Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Mereka dipercayai menemui Dr Mahathir untuk membincangkan situasi terkini politik negara, sejurus Pengerusi BERSATU itu melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin, Zuraida dan sembilan lagi Ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada PKR, sejurus Muhyiddin memaklumkan pendirian BERSATU untuk tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

Berita Harian X