Selasa, 29 Oktober 2019 | 7:34pm
Keadaan rumah penduduk runtuh akibat dari gempa bumi di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina pagi ini. - Foto AFP
Keadaan rumah penduduk runtuh akibat dari gempa bumi di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina pagi ini. - Foto AFP

Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Filipina

PUTRAJAYA: Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas oleh gempa bumi bermagnitud 6.6 di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina pagi ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi meragut dua nyawa setakat ini dan menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan tempat tinggal.

Kementerian Luar turut menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada pemerintah dan rakyat Filipina, khususnya mereka yang terjejas secara langsung.

“Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan dengan Filipina dalam suasana serba mencabar ini,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan, hari ini.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City.

Menurut laporan media, gempa disebabkan oleh pergerakan tanah di kedalaman 6.9 kilometer (km), kira-kira 24 km timur laut bandar Tulunan di wilayah Cotabato. – BERNAMA

Berita Harian X