Selasa, 10 September 2019 | 3:28pm

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar Mindanao

KUALA LUMPUR: Gempa bumi 5.7 magnitud melanda Mindanao, Filipina pada jam 1.39 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa pada kedalaman 10 kilometer itu dilaporkan berlaku pada jarak 108km Tenggara dari Davao, Filipina.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Berita Harian X