Sabtu, 24 Ogos 2019 | 6:24pm
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (dua, kanan) melihat gambar-gambar yang dipamerkan di rumah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Pembukaan Semula Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Azemi Abdul Aziz (dua, kiri). - Foto BERNAMA

RM10 juta bangunkan penyelidikan Tapak Arkeologi Sungai Batu

SUNGAI PETANI: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memperuntukkan RM10 juta bagi pembangunan dan penyelidikan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok di sini.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan sebelum tapak warisan sejarah negara itu dapat dibangun dan dibuka untuk kemudahan pelawat serta kelestarian tapak.

“Saya berpandangan kawasan ini perlu diperkasakan kerana ia berpotensi menarik pelancong dalam bidang arkeo-pelancongan.

“Kita akan bantu dari segi peruntukan, namun sekarang sedang menunggu lagi satu kelulusan reka bentuk untuk kita bangunkan tempat ini,” katanya selepas merasmikan Festival Kedah Tua dan Jejak Warisan Merdeka 2019 di tapak arkeologi berkenaan, hari ini.

Yang turut hadir EXCO Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Mohd Asmirul Annuar Aris.

Mohamaddin berkata, pembangunan itu bukan sahaja untuk menaik taraf tapak tetapi turut berfungsi memulihara dan melindungi tapak selaras undang-undang.

“Tapak arkeologi ini kini sudah mempunyai 827 lokasi penemuan tinggalan sejarah dan pihak penyelidik masih meneruskan kerja penyelidikan kerana percaya masih banyak lagi tinggalan sejarah belum ditemui.

“Bantuan yang diberikan kerajaan akan membantu penyelidikan yang masih berterusan dan diharap akan ada penemuan lebih besar pada masa depan,” katanya.

tamat.

Berita Harian X