Jumaat, 2 Ogos 2019 | 10:17pm
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengeluarkan peringatan tsunami.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengeluarkan peringatan tsunami.

Rakyat M'sia di Jakarta diminta berwaspada

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan gempa bumi Indonesia diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu notis konsular memaklumkan peringatan tsunami turut dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia susulan kejadian itu di kawasan persisiran pantai di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.

Katanya, rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai bertugas di talian +62215224947 atau +6281380813036.

“Gempa bumi 7.4 magnitud berpusat di perairan 147 kilometer (km) Barat Daya Banten berlaku pada 2 Ogos, jam 7.03 malam (waktu Indonesia Barat),” kata kenyataan itu.

Berita Harian X