Sabtu, 20 Julai 2019 | 4:31pm
Tengku Razaleigh hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati, Gua Musang. - NSTP/Ramli Ibrahim
Tengku Razaleigh hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati, Gua Musang. - NSTP/Ramli Ibrahim

Perdana Menteri perlu diberi peluang terus bertugas

GUA MUSANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang menerajui kerajaan baharu sehingga segala janjinya ditunaikan, kata veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau bimbang peralihan kepemimpinan jawatan itu sebelum tiba tempohnya, memberi kesan buruk kepada kerajaan diterajuinya ketika ini, terutama berkaitan ekonomi negara.

“Kita doakan Perdana Menteri diberi kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tugas diamanahkan untuk kesejahteraan rakyat.

“Kini, bukan masanya untuk ada peralihan kuasa bagi jawatan itu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan melihat kerjasama UMNO dan PAS akan memberi manfaat kepada kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Kerjasama ini akan dilihat lebih kuat menerusi piagam parti yang ditentukan nanti,” katanya.

Berita Harian X