Sabtu, 25 Mei 2019 | 2:00pm
MOHD Muazzam Mohamed (dua dari kanan), Ahmad Zaini (tiga dari kiri) dan penduduk kampung melapah kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

KANAK-KANAK menghadiri Klinik Matematik pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

PENDUDUK kampung menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan daging kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

PENDUDUK kampung dan kakitangan BIMB melapah kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

MOHD Muazzam (tiga dari kiri) dan Ahmad Zaini (dua dari kanan) memotong daging kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

Semarak Ramadan BH bersama BHB terus meriah di Kuala Sungai Baru

ALOR GAJAH: Program Semarak Ramadan BH bersama BIMB Holdings Berhad (BHB) 2019 yang memasuki hari kedua di Masjid Al-Hasaniah, Kampung Kuala Sungai Baru, di sini, terus meriah dengan pelbagai aktiviti menyantuni masyarakat.

Program bermula seawal jam 8 pagi tadi dengan gotong-rotong menyembelih dan melapah seekor kerbau, disusuli aktiviti memasak bubur lambuk serta kari kawah daging kerbau.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHB yang juga CEO Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata pihaknya memperuntukkan hampir RM200,000 bagi menjayakan dua lokasi Semarak Ramadan BH bersama BHB pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur program bersama itu berjaya dianjurkan buat kali kesembilan, sekali gus menyemarakkan lagi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), terutama pada Ramadan.

“Tahun ini, kita menjalinkan kerjasama dalam program Semarak Ramadan BH di dua lokasi, iaitu Shah Alam, Selangor, pada awal Ramadan, dan Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka, hari ini.

“Pemilihan lokasi kedua ini bertepatan matlamat penganjuran program dengan mendapat kerjasama cukup erat daripada ahli kariah Masjid Al-Hasaniah dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui BH di pekarangan masjid itu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sepanjang hari ini, pelbagai pengisian menarik memeriahkan program Semarak Ramadan BH bersama BHB 2019, termasuk penyampaian sumbangan zakat RM250 kepada 50 penerima membabitkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga miskin.

PENDUDUK kampung dan kakitangan BIMB menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan daging kerbau pada Program Semarak Ramadan anjuran BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian di Masjid Al Hasaniah, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru. - Foto Khairunisah Lokman

Selain itu, 50 pelajar asnaf menerima sumbangan RM150, sekali gus menambahkan keceriaan mereka menyambut Aidilfitri.

BH turut mengambil inisiatif menganjurkan program Smart Solat dan Bengkel Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di samping bersama-sama mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan Pekan Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, penganjuran di Melaka adalah program terakhir Semarak Ramadan BH 2019 yang dijayakan bersama rakan strategik.

“BH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik yang terus menyokong penganjuran program Semarak Ramadan yang sudah dimulakan sejak 2009.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa depan dengan kerjasama rakan strategik untuk menyantuni penduduk di seluruh negara, terutama pada Ramadan,” katanya.

Berita Harian X