X
Khamis, 23 Mei 2019 | 1:41pm
Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani (kanan) Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (tengah) menziarahi penerima bantuan dalam kalangan warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 di Masjid An-Nur Taman Cendana, Pasir Gudang. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

BH, JCorp santuni kariah Masjid An-Nur Taman Cendana

PASIR GUDANG: Seramai 95 kariah Masjid An-Nur Taman Cendana, di sini yang dikategorikan sebagai asnaf menerima sumbangan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019.

Taman Cendana menjadi lokasi terakhir penganjuran Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp di Johor selepas Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn dan Larkin Sentral pada Sabtu dan Isnin lalu.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, berkata Program Semarak Ramadan BH bersama rakan strategik berlangsung di enam lokasi seluruh negara dan Johor menjadi lokasi ketiga selepas Selangor dan Kedah.

“Bagi kami di BH, program ini membolehkan kita mendekati pembaca, selain turut sama menabur bakti pada masyarakat, manakala rakan strategik kita seperti JCorp pula dapat mencapai matlamat sama iaitu mendampingi komuniti dan menghulurkan bantuan.

“Program Semarak Ramadan BH akan kita teruskan pada masa depan bersama rakan strategik, termasuk JCorp dan mungkin ia boleh dikembangkan ke Pantai Timur, begitu juga Sabah dan Sarawak yang turut mempunyai ramai pembaca kita di sana,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Antara penerima bantuan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 di Masjid An-Nur Taman Cendana, Pasir Gudang. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Sementara itu, Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp), Zamri Norani, berkata lebih 95 rumah kariah Masjid An-Nur Taman Cendana terbabit dalam sesi penyerahan sumbangan pada pagi tadi.

“Program yang juga bersempena Jalinan Ukhuwah JCorp hari ini menyaksikan kita santuni lebih 95 rumah dengan memberi bantuan berupa barangan keperluan harian dan pagi ini membabitkan 45 rumah, selebihnya akan diteruskan oleh Pasukan Briged Wakaf An-Nur,” katanya.

Terdahulu, program bermula kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan aktiviti memasak bubur lambuk di perkarangan Masjid An-Nur Taman Cendana sebelum diteruskan dengan penyerahan sumbangan kelengkapan harian kepada golongan asnaf di Flat Taman Cendana.

Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani (dua dari kanan) dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (empat dari kanan) memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana, Paasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Pada jam 3 petang nanti, akan diadakan Program Gunting Rambut Amal di perkarangan Masjid an-Nur Taman Cendana yang membolehkan penduduk mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma.

Pengagihan bubur lambuk kepada kariah masjid kemudian dijangka berlangsung kira-kira jam 4 petang ini.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 akan diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran dan sesi penyerahan bantuan kepada anak yatim yang dijangka berlangsung pada jam 6.30 petang ini.

Berita Harian X