Khamis, 23 Mei 2019 | 1:26pm
PENGURUS Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani, dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp labuh tirai

PASIR GUDANG: Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019 melabuhkan tirai di Johor, hari ini, dengan Taman Cendana, di sini, menjadi lokasi terakhir penganjurannya.

Program bermula kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan aktiviti memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana sebelum diteruskan dengan penyerahan sumbangan kelengkapan harian kepada golongan asnaf di Flat Taman Cendana.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani, dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani (dua dari kanan) dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (empat dari kanan) memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana, Paasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Pada jam 3 petang ini, Program Gunting Rambut Amal akan diadakan di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana yang membolehkan penduduk mendapat khidmat gunting rambut secara percuma.

Pengagihan bubur lambuk kepada kariah masjid pula dijangka berlangsung kira-kira jam 4 petang ini.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 berakhir dengan Majlis Khatam al-Quran dan sesi penyerahan bantuan kepada anak yatim yang dijangka berlangsung pada jam 6.30 petang ini.

Pada Sabtu dan Isnin lalu, Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 berlangsung di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, dan Larkin Sentral di Johor Bahru.

PENGURUS Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani, dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENGURUS Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Zamri Norani, dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid memasak bubur lambuk di pekarangan Masjid An-Nur Taman Cendana. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Berita Harian X