Rabu, 8 Mei 2019 | 2:12pm
AHMAD Zaini (kiri) bersama Mohammad Hamdan (dua dari kanan) dan Mohd Muazzam (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Shahmiza iaitu balu anggota Balai Bomba Shah Alam, Adnan Othman ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff

BHB hargai pengorbanan wira merah

SHAH ALAM: Sebagai menghargai pengorbanan wira merah yang terkorban ketika menjalankan tugas menyelamat tahun lalu, BIMB Holdings Berhad (BHB) tampil menghulurkan sumbangan sempena program Semarak Ramadan BH 2019.

Program yang berlangsung semalam menyaksikan waris lapan anggota bomba yang terkorban menerima sumbangan kewangan, sekali gus membuktikan keprihatinan BHB mengangkat jasa anggota bomba dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Sumbangan kepada waris disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad (BHB), Mohd Muazzam Mohamed, disaksikan Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

MOHD Muazzam menyantuni seorang penerima sumbangan pada majlis Semarak Ramadan BH 2019.
MOHD Muazzam menyantuni seorang penerima sumbangan pada majlis Semarak Ramadan BH 2019.

AHMAD Zaini (kiri) bersama Mohammad Hamdan (dua dari kanan) dan Mohd Muazzam (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Dini Afiqah Azizul ketika program Semarak Ramadan BH 2019. - Foto Saddam Yusoff

AHMAD Zaini (kiri) bersama Mohammad Hamdan (dua dari kanan) dan Mohd Muazzam (kanan) menyampaikan sumbangan kepad kepada Orang Kurang Upaya (OKU), Nurfarhana Jamil, 13 ketika program Semarak Ramadan BH 2019. - Foto Saddam Yusoff

Penerima terdiri daripada waris enam anggota bomba yang lemas ketika menyelamat remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah lombong di Puchong, Oktober tahun lalu.

Mangsa adalah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Selain itu, waris anggota bomba BBP Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang terkorban dalam insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan anggota bomba BBP Temerloh, Abu Zarin Hussin, 33, yang meninggal akibat dipatuk ular pada Mac tahun lalu turut menerima sumbangan.

Mohd Muazzam berkata selain sumbangan kepada waris lapan anggota terbabit, pihaknya turut menghulurkan zakat kepada 67 individu dalam kalangan ahli keluarga bomba sekitar Selangor.

Semua penerima turut diberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur.

Katanya, bagi memastikan pelaburan yang dibuat serta rezeki yang diperoleh dapat dikongsi bersama masyarakat setempat, BHB bermatlamat membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat yang boleh membawa kesan positif kepada operasi perniagaannya.

“Anggota bomba memang tidak terkecuali dalam ‘radar’ pihak berkepentingan kami kerana kami amat menghargai anggota bomba yang menjaga keamanan dan keselamatan negara, seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Kerjasama kami dengan BH amat signifikan, dengan media adalah platform yang amat berpengaruh untuk membuka minda masyarakat dan membantu dalam usaha transformasi menyeluruh yang positif,” katanya.

Tahun ini, BHB meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih iaitu di BBP Shah Alam, semalam dan di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, pada 25 Mei ini.

Berita Harian X