Selasa, 7 Mei 2019 | 12:11pm

Semarak Ramadan BH seperti raikan Hari Bomba

SHAH ALAM: Program Semarak Ramadan BH 2019 bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini, dianggap seperti meraikan Hari Bomba yang disambut Sabtu lalu.

Ketua Zon 1 Shah Alam, Penguasa Kanan Bomba 1 Razali Mohd Nasir, berkata justeru pihaknya menghargai usaha BH dan BIMB Holdings Berhad (BHB) yang memilih JBPM untuk terbabit dalam program itu.

Katanya, bagi memastikan program Semarak Ramadan itu berlangsung dengan jaya, pihaknya sudah membuat persiapan logistik sejak Sabtu lalu.

“Untuk program ini, kami menyediakan 14 khemah yang boleh memuatkan kira-kira 500 tetamu pada petang ini.

“Bagi aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, seramai 15 anggota menghulurkan khidmat tenaga bersama kakitangan BH dan BHB,” katanya ketika ditemui di lokasi pertama Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, di sini, hari ini.

KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama kakitangan BIMB Holdings Berhad memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama kakitangan BIMB Holdings Berhad memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff

Yang turut hadir, Pengurus Kanan Pengiklanan Unit Kerajaan NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor dan Ketua Pegawai Syariah Kumpulan BHB, Mohd Nazri Chik.

Untuk tahun ini, BHB meneruskan tajaan program Semarak Ramadan BH untuk tahun kesembilan di dua lokasi terpilih.

Selepas dijayakan di BBP Shah Alam, Semarak Ramadan akan dilangsungkan di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, pada 25 Mei depan.

Dalam program hari ini, BHB akan menghulurkan sumbangan kepada lapan keluarga anggota bomba yang terkorban ketika menjalankan tugas, serta menyampaikan zakat kepada 67 penerima yang terdiri daripada pelajar asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dalam kalangan keluarga bomba.

Sementara itu, Mohd Nazri berkata, dalam program hari ini, pihaknya akan mengedarkan 1,500 bubur lambuk kepada orang awam.

Katanya, pengedaran akan bermula pada jam 4 petang ini di Bazar Ramadan Seksyen 19, dekat sini.

sebanyak lima periuk bubur lambuk dimasak hari ini dengan menggunakan kira-kira 50 kilogram beras.

Aktiviti memasak yang bermula pada jam 9 pagi itu disertai kakitangan BH, BHB dan anggota bomba.

KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama kakitangan BIMB Holdings Berhad memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama kakitangan BIMB Holdings Berhad memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Bomba dan Penyelamat Shah Alam menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk ketika program Semarak Ramadan BH 2019 di Balai Bomba Seksyen 15. - Foto Saddam Yusoff
Berita Harian X