Khamis, 25 April 2019 | 9:24pm
SAUFI Hamzah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Wakil Pelajar UM, Mashariana Casrin Frizzlin Manggang (tiga dari kiri) ketika Program Mobile Food Bank UM anjuran Suara Komuniti BH di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. - Foto Azhar Ramli

SEBAHAGIAN sukarelawan NSTP menyusun barang sumbangan ketika Program Mobile Food Bank UM anjuran Suara Komuniti BH di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. - Foto Azhar Ramli
SEBAHAGIAN sukarelawan NSTP menyusun barang sumbangan ketika Program Mobile Food Bank UM anjuran Suara Komuniti BH di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. - Foto Azhar Ramli

Sukarelawan MPB-NSTP jayakan Bank Makanan Bergerak Siri 3

KUALA LUMPUR: Briged Sukarelawan Media Prima Berhad (MPB)-The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) meneruskan program ‘Mobile Food Bank’ (Bank Makanan Bergerak) kepada penuntut miskin di lima lagi kolej kediaman Universiti Malaya (UM), hari ini.

Program anjuran Suara Komuniti Berita Harian (BH) mendapat kerjasama daripada syarikat korporat, antaranya Mydin Holding Berhad dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, dengan mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan kepada pelajar bagi keseluruhan program itu.

Pada siri ke-3 hari ini, sebanyak 250 pek makanan diagihkan dengan anggaran nilai RM20 bagi setiap pek.

Kakitangan Pusat Sumber NSTP, Zuraini Sulaiman, yang menyertai Briged Sukarelawan MPB-NSTP berkata, beliau terpanggil untuk menyertai program itu bagi membantu meringankan beban mahasiswa yang kurang berkemampuan.

“Sepanjang bekerja di NSTP, saya selalu terbabit dengan aktiviti tanggungjawab sosial korporat, antaranya misi bantuan banjir, gotong-royong dan ziarah keluarga miskin.

“Bagaimanapun, kali ini aktiviti yang dijalankan mungkin mudah, namun sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban adik-adik kita yang memerlukan selain mengeratkan ukhwah antara kakitangan MPB-NSTP dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

SEBAHAGIAN sukarelawan NSTP menyusun barang sumbangan ketika Program Mobile Food Bank UM anjuran Suara Komuniti BH di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. - Foto Azhar Ramli
SEBAHAGIAN sukarelawan NSTP menyusun barang sumbangan ketika Program Mobile Food Bank UM anjuran Suara Komuniti BH di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. - Foto Azhar Ramli

Seramai tujuh anggota Sukarelawan MPB-NSTP turun padang membantu mengagihkan pek makanan berkenaan dengan bantuan Ahli Jawatankuasa Kampus UM Bank Makanan.

Sukarelawan MPB-NSTP diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi selain turut disertai Pengarang Berita, BH, Saufi Hamzah.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan MPB, Muhammad Amirul Zamel Kamel, berkata beliau dapat merasai kesusahan dialami penuntut UM dalam menguruskan perbelanjaan harian kerana dirinya baru saja menamatkan pelajaran di sebuah universiti awam.

“Ketika di universiti dulu, pihak kafeteria ada menyediakan menu Nasi Bujang yang hanya berharga RM2.50. Alhamdulillah, dapatlah kami berjimat untuk menguruskan perbelanjaan bagi meneruskan pengajian.

“Program komuniti dianjurkan BH ini sewajarnya diuar-uarkan supaya masyarakat lebih peka terhadap masalah dihadapi mahasiswa kita yang kurang berkemampuan,” katanya.

Berita Harian X