Selasa, 16 April 2019 | 4:39pm
WAHID (dua dari kiri) bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) antara Prasarana Malaysia Berhad dan Universiti Tun Hussein Onn dengan Prasarana ​​di Kompleks Rapid Rail, Lembah Subang. - Foto Amirudin Sahib.
WAHID (dua dari kiri) bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) antara Prasarana Malaysia Berhad dan Universiti Tun Hussein Onn dengan Prasarana ​​di Kompleks Rapid Rail, Lembah Subang. - Foto Amirudin Sahib.

Prasarana-UTHM jalin kerjasama perluas bidang kejuruteraan rel

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini memeterai kerjasama memperluaskan kepakaran dalam bidang kejuruteraan rel di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata kerjasama itu antara usaha Prasarana dalam memenuhi kehendak industri rel yang berkembang pesat.

“Ini adalah kerjasama kedua antara Prasarana dan UTHM yang terjalin sejak 2012 dan kali ini, kerjasama kedua-dua pihak akan memberi fokus terhadap program pembangunan akademik serta penyelidikan dalam teknologi kejuruteraan rel.

“Prasarana yang diterajui Pusat Kecemerlangan Prasarana (PACE) akan bekerjasama dengan UTHM termasuk mewujudkan beberapa program akademik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama itu di Kompleks Rapid Rail di sini, hari ini.

UTHM diwakili Naib Canselornya, Prof Dr Wahid Razzaly.

Sementara itu, Wahid berkata, kerjasama dengan Prasarana sejajar aspirasi UTHM bagi melahirkan modal insan dalam bidang teknologi rel.

“Bagi pihak UTHM, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sekali lagi memilih universiti ini sebagai rakan strategik dan kami komited untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat bersama,” katanya.

Berita Harian X