Khamis, 11 April 2019 | 10:53am
Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad. - Foto Hairul Anuar Rahim
Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad. - Foto Hairul Anuar Rahim

Ahli Parlimen Parit Sulong dijangka dilantik pengerusi baharu PAC

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini akan mencadangkan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu di Dewan Rakyat.

Cadangan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Perkara berkenaan terkandung pada perkara kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul hari ini.

“Bahawa Yang Berhormat Datuk Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dipilih menggantikan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Ke-14,” kata Perdana Menteri.

Keputusan Dr Mahathir sebelum ini yang mengekalkan Ronald menimbulkan keresahan dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) berikutan janji manifesto parti itu berkehendakkan Pengerusi PAC dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Berita Harian X