Jumaat, 22 March 2019 | 2:38pm
PELAJAR bersama penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, Sungai Petani. - Foto ihsan Kelab Rotaract AIMST

Pelajar AIMST bersihkan Bukit Semarak

SUNGAI PETANI: Seramai 10 pelajar bersama dua penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, di sini, pada 16 Mac lalu.

Aktiviti selama tiga jam bermula 7 pagi itu membabitkan kerja pembersihan di sepanjang laluan bukit yang dijadikan sebagai lokasi pendakian dalam kalangan pengunjung.

Jurucakap kelab berkata, program itu antara aktiviti yang dijalankan bersempena Minggu Rotaract Sedunia.

"Pada sambutan yang diadakan, kami melancarkan 'The Last Straw Project' sekali gus mengisytiharkan Mac sebagai bulan mesra alam.

PELAJAR bersama penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, Sungai Petani. - Foto ihsan Kelab Rotaract AIMST
PELAJAR bersama penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, Sungai Petani. - Foto ihsan Kelab Rotaract AIMST

"Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang bulan ini dan antaranya adalah aktiviti membersihkan laluan Bukit Semarak yang diinspirasikan daripada trend #cleanupchallenge yang dikongsi di media sosial.

"Peserta sanggup mendaki semata-mata untuk membersihkan kawasan laluan bukit daripada sampah mengikut kategori seperti plastik, kertas dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang aktiviti dijalankan, peserta turut berinteraksi dengan penduduk tempatan dengan mempromosikan agenda kelab, sekali gus bagi mewujudkan kesedaran terhadap alam sekitar.

"Aktiviti ini juga bagi memberikan peluang kepada peserta yang terdiri daripada pelajar universiti untuk turut terbabit dalam kegiatan luar selain aktiviti dalam bilik kuliah," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya menggesa masyarakat sentiasa menghargai alam sekitar dengan mengamalkan konsep 3R iaitu kitar semula, pengurangan dan penggunaan semula dalam kehidupan seharian.

PELAJAR bersama penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, Sungai Petani. - Foto ihsan Kelab Rotaract AIMST
PELAJAR bersama penasihat dari Jabatan Perkhidmatan Komuniti Kelab Rotaract Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menjalankan program 'Clean Trails' di Bukit Semarak, Sungai Petani. - Foto ihsan Kelab Rotaract AIMST

Berita Harian X