Selasa, 19 March 2019 | 9:08pm
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah) membuat lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di Universiti Malaya (UM).
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah) membuat lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di Universiti Malaya (UM).

Maszlee buat lawatan mengejut ke UM

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Lawatan itu susulan laporan khas BH yang mengetengahkan isu pelajar di universiti berkenaan yang terpaksa mengikat perut kerana berdepan tekanan kos sara hidup.

“Dalam lawatan itu, saya bertemu dengan mahasiswa di kolej berkenaan dan bertanya sendiri kepada mereka mengenai masalah yang dihadapi mereka berkaitan kos sara hidup.

“Kementerian Pendidikan memandang serius laporan akhbar berkenaan (BH) berhubung isu itu dan kita sedang merangka serta menambah baik program bantuan terkini dengan kerjasama UM.

“Ini untuk memastikan beban yang ditanggung pelajar dapat dikurangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lawatan itu sebagai satu tanggungjawab dan mengambil peduli masalah sara hidup yang dihadapi mahasiswa di universiti terbabit dan perkara itu disambut baik mereka.

Berita Harian X