Selasa, 19 March 2019 | 7:04pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA

Kerajaan tubuh mahkamah khas rasuah - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas rasuah bagi membolehkan kes rasuah dikendalikan dengan lebih cepat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah biasa.

“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.

“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.

“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini dan akan diwujudkan secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Berita Harian X