X
Selasa, 1 Januari 2019 | 4:38pm
PENUNGGANG motosikal melalui lorong motosikal tanpa perlu membayar tol selepas majlis pemansuhan kutipan tol bagi motosikal yang dirasmikan Timbalan Menteri Kerja Raya di Plaza Tol Tanjung Kupang, Gelang Patah. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
PENUNGGANG motosikal melalui lorong motosikal tanpa perlu membayar tol selepas majlis pemansuhan kutipan tol bagi motosikal yang dirasmikan Timbalan Menteri Kerja Raya di Plaza Tol Tanjung Kupang, Gelang Patah. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Singapura mansuh tol motosikal di Linkedua mulai 21 Januari

JOHOR BARU: Singapura akan mengikuti langkah Malaysia memansuhkan tol di lorong motosikal di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) bermula 21 Januari ini.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura, berkata dasar republik itu selama ini ialah menyeragamkan kadar tol dengan kadar yang dikenakan oleh Malaysia.

"Kami maklum Malaysia sudah memansuhkan kutipan tol motosikal di Linkedua. Singapura akan mengikuti pemansuhan itu do Linkedua bermula 21 Januari 2019," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada pertanyaan media mengenai tindakan Singapura terhadap pemansuhan tol motosikal di Linkedua.

Keputusan untuk memansuhkan tol motosikal di Linkedua, termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bermula hari ini diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2019.

Sebelum ini, pengguna motosikal perlu membayar tol sebanyak RM1.10 di Plaza Tol Tanjung Kupang dan RM1.20 (SGD0.40) di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Berita Harian X