Isnin, 1 Oktober 2018 | 11:06am
PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85 di Subang. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memeriksa perbarisan pada sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85 di Subang. - Foto Khairul Azhar Ahmad
PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada anggota tentera Pasukan Atur Cepat (PAC) pada sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85 di Subang. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Perbarisan Hari ATM ke-85 meriah

SUBANG: Membawa tema sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85, ATM Teras Kedaulatan Negara, pasukan itu meraikan penubuhannya yang berusia 85 tahun pada 16 September lalu, manakala perbarisan sempena sambutan hari ulang tahun itu diadakan hari ini.

Seramai 45 pegawai dan 1,163 anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada 10 kontinjen perbarisan dari elemen ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara termasuk kontinjen wanita terbabit dalam perbarisan yang bermula jam 9 pagi itu.

Perbarisan yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Norazan Othman dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu turut diserikan dengan peragaan sebahagian aset ATM iaitu pesawat Airbus A-400 M, pesawat C-130 Hercules, helikopter Black Hawk, Helikopter As-61 N1, kereta kebal Pendekar, kereta perisai Adnan, 8X8 Gempita, meriam 155MM, kenderaan Lipan Bara, kereta perisai Condor, Vamtac Igla dan Vamtac AGL selain lintas hormat udara oleh sembilan helikopter.

Pegawai Tabik Hormat adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Beliau turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) serta Penganugerahan Sijil Kepujian Angkatan Tentera dan Anugerah Kesiapsagaan Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abdul Manaf, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara Jeneral, Tan Sri Affendi Buang.

Berita Harian X