Ahad, 15 Julai 2018 | 9:37pm
KENYATAAN media Kementerian Pendidikan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)
KENYATAAN media Kementerian Pendidikan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)

Pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.

"Sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.

"Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).

UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. - BERNAMA

Berita Harian X