Jumaat, 13 Julai 2018 | 11:07pm

NSTP menang 6 kategori utama hadiah kewartawanan

KUALA LUMPUR: Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 apabila menguasai enam kategori utama.

Wartawan BH, Mohd Zulkifli Zainuddin memenangi kategori hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail dengan laporan berjudul 'Kelantan lubuk pil kuda'.

Kategori Laporan Berita Cemerlang pula dimenangi wartawan BH, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz, menerusi pendedahan mengenai sindiket nelayan asing merompak hasil laut negara.

Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang pula dimenangi wartawan NST, Farrah Naz Karim dan Aliza Shah.

Pemenang bagi kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang ialah wartawan NST, Fauziah Ismail, manakala pemenang kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang ialah wartawan Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim.

Kategori Infografik terbaik pula dimenangi pereka grafik akhbar Harian Metro, Nor Salim Mohamed Dawam dan Mohd Azam Shah Yaacob.

Info pemenang

  • 1. Harian Metro

  • Kategori Infografik Terbaik

  • Hadiah RM10,000, sijil dan trofi

  • 2. The Star

    • Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 3. Utusan Malaysia

    • Kategori Kartun Editorial Terbaik

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 4.Utusan Malaysia

    • Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 5. Kosmo!

    • Kategori Foto Esei Cemerlang

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 6. Berita Harian

    • Kategori Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail

    • Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

    • 7. Harian Metro

    • Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang

    • Pemenang RM10,000, sijil dan,trofi

    • 8. Utusan Malaysia

    • Kategori Penulisan Rencana Cemerlang

    • Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

    • 9. New Straits Times

    • Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 10. Kosmo!

    • Dokumentari Video Terbaik

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 11. Intrend

    • Kategori Laporan Portal Berita Terbaik

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 12. Nasional FM

    • Tangisan Tahfiz

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 13. TV9

    • Kategori Berita Video Terbaik

    • Pemenang, RM10,000, sijil dan trofi

    • 14. Daily Express

    • Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 15. NST

    • Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang.

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 16. BH

    • Kategori Laporan Berita Cemerlang

    • Pemenang RM10,000, sijil dan trofi

    • 17. The Borneo Post

    • Anugerah Khas Juri

    • Pemenang RM5,000, sijil dan trofi

    • 18. The Star

    • Hadiah Kajai

    • Pemenang RM30,000, sijil dan trofi

WARTAWAN NSTP yang berjaya memenangi pelbagai Anugerah pada Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2017. - Foto Zunnur Al Shafiq
WARTAWAN NSTP yang berjaya memenangi pelbagai Anugerah pada Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2017. - Foto Zunnur Al Shafiq
Berita Harian X