Isnin, 4 Jun 2018 | 11:17pm

Agong rai anak yatim berbuka puasa

KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menghadiri Majlis pengurniaan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Dewan Balai Islam, Kompleks Jubli Perak, Panji di sini malam ini.

Turut mencemar duli Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Turut mengiringi, kepimpinan tertinggi kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V menyampaikan duit raya kepada anak yatim di Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di Panji. - Foto Syamsi Suhaimi
Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V menyampaikan duit raya kepada anak yatim di Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di Panji. - Foto Syamsi Suhaimi

Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan Yayasan Albukhary kepada 194 anak-anak yatim Darul Aitam Putri Panji dan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Terdahulu, baginda berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih bersama kira-kira 300 jemaah.

Sementara itu, seorang penerima Norsham Mohd Saufi, 17, berkata sumbangan yang diberikan cukup bermakna untuk meringankan beban keluarga.

"Sumbangan ini saya akan gunakan sebaik mungkin termasuk membeli kelengkapan Aidilfitri," katanya.

Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V bersama Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Darul Aitam Putri Panji selepas menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di Panji. - Foto Syamsi Suhaimi

Berita Harian X