Sabtu, 28 April 2018 | 7:13pm
SUKARELAWAN Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP, MERCY Malaysia dan Gleaneagles Kuala Lumpur mengajar kanak-kanak Rohingya cara menggoso gigi yang betul pada program 'Medical Outreach' di Surau Rohingya Myanmar, Seberang Balok. - Foto Ainal Marhaton Abd Ghani

SUKARELAWAN Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP, MERCY Malaysia dan Gleaneagles Kuala Lumpur sedang melakukan pemeriksaan kesihatan kepada etnik Rohingya pada program 'Medical Outreach' di Surau Rohingya Myanmar, Seberang Balok. - Foto Ainal Marhaton Abd Ghani

Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP bersama komuniti Rohingya

KUANTAN: Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP bersama MERCY Malaysia dan Gleaneagles Kuala Lumpur mengadakan program Medical Outreach kalangan komuniti Rohingya di Surau Rohingya Seberang Balok di sini, semalam.

Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad (Media Prima), Azlan Abdul Aziz berkata, program itu diadakan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang prihatin ke atas penderitaan etnik Rohingya yang terbabit dalam konflik politik diMyanmar.

"Pada program kali ini kita turun padang bertemu komuniti Rohingya dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan pemberian ubat-ubatan kepada yang mereka yang memerlukan serta ceramah pendidikan kesihatan.

"Kita juga adakan pemeriksaan payudara, ceramah perancang keluarga dan cara menjaga kebersihan diri (top to toe) selain bengkel psikososial iaitu merangsang minda untuk kanak-kanak," katanya.

Seramai 57 sukarelawan termasuk dua doktor menyertai program yang pertama kali diadakan di Kuantan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti terbabit.

Katanya, sehingga kini sejumlah RM735,000 sudah disumbangkan menerusi Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kepada MERCY Malaysia bagi menjalankan pelbagai program kesihatan kepada etnik berkenaan.

"Tabung berkenaan dilancarkan pada November 2016 menerusi sumbangan pelbagai pihak bagi membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa keganasan di Myanmar," katanya.

Orang ramai boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank 564276522630 atau melalui cek atas nama Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima.

Sementara itu, Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, berkata aktiviti bersama anggota sukarelawan Media Prima Berhad itu bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan dan perubatan untuk komuniti Rohingya yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

"Mereka perlu membayar sejumlah wang yang besar bagi tujuan berkenaan dan atas dasar kemanusiaan terhadap penderitaan mereka kita laksanakan program ini.

"Kita mempunyai hubungan baik dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi membolehkan MERCY Malaysia menjalankan program kemanusian berkaitan kesihatan untuk pelarian terutamanya etnik Rohingya," katanya.

Berita Harian X