Jumaat, 13 April 2018 | 3:07pm
AHMAD bersama Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Universiti KL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud beramah mesra ketika perasmian Farmer's Market di UniKL.- Foto Amirudin Sahib.
AHMAD bersama Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Universiti KL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud beramah mesra ketika perasmian Farmer's Market di UniKL.- Foto Amirudin Sahib.

Jimat Belanja Dapur ringankan beban

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperoleh nilai jualan kira-kira RM4 juta menerusi program Jimat Belanja Dapur (JBD), yang dijalankan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, berkata nilai jualan itu diperoleh daripada 1,000 buah pasar tani di seluruh negara, termasuk Agro Bazar Kedai Rakyat dan Agro Bazar 1Malaysia.

"Menerusi program ini, pembeli memperoleh penjimatan antara 5 peratus hingga 20 peratus berbanding pasar awam bagi barangan komoditi.

"Hasil jualan menerusi JBD ini, kebanyakannya bagi barangan seperti ayam, kentang, bawang dan telur," katanya selepas pelancaran JBD dan Farmers Market di pekarangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Wilayah Persekutuan, Radzuan Md Noor dan Timbalan Presiden UniKL, Prof Datuk Dr Azanam Shah Hashim.

Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan hasil jualan pasar tani akan meningkat kira-kira RM150 juta pada tahun ini selepas mengadakan program JBD.

"Program JBD adalah langkah kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, selain mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah," katanya.

Berita Harian X