Jumaat, 6 April 2018 | 2:08pm
KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersama Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) dan Datuk Seri Yahya Hussin (tiga kanan) dan sebahagian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir berbincang sesuatu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Musa ke Istana Negeri petang ini

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, akan ke Istana Negeri Sabah di sini untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, jam 2.30 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah, Musa dijadual membuat pengumuman khas di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, jam 3 petang.

Musa dijangka mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen, selaras pembubaran Dewan Rakyat.

Tengah hari tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan DUN.

Berita Harian X