Selasa, 3 April 2018 | 7:04pm
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kanan) diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar, Kamaruzzaman Abdul Murad (kiri) meninjau sekitar kawasan sekolah ketika hadir pada Program Sepetang Bersama Menteri Pendidikan Malaysia ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kiri) diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar, Kamaruzzaman Abdul Murad (kiri) meninjau sekitar kawasan sekolah ketika hadir pada Program Sepetang Bersama Menteri Pendidikan Malaysia ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

Sekolah usia lebih 100 tahun dibantu

KUALA KANGSAR: Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau tahap keselamatan bangunan semua sekolah yang berusia lebih 100 tahun.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada ketika ini ada 10,200 sekolah dengan 2,400 daripadanya adalah sekolah menengah manakala selebihnya sekolah rendah.

Beliau berkata, lebih 20 daripada sekolah berkenaan sudah berusia lebih 100 tahun yang wujud sebelum merdeka lagi.

"Kementerian akan memastikan sekolah berusia lebih 100 tahun di seluruh negara ini dipantau bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Antara pemantauan yang dilakukan adalah membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan serta pendawaian," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di sini hari ini.

Hadir sama dalam program itu Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mat Lazim Idris; Presiden Persatuan Penuntut Lepasan Clifford, Tan Sri Mustafa Mansur; Pengetua SMK Clifford, Kamaruzaman Abd Murad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Nordin Md Ali.

Mahdzir berkata, kesemua sekolah berkenaan akan dipantau bagi memastikan ia dijaga dengan baik dan kerajaan akan membantu terutama membabitkan penyelenggaraan.

"Sebahagian daripada program hari ini (semalam) adalah untuk melihat sekolah-sekolah lama yang dibina sejak merdeka.

"Apabila sebut SMK Clifford yang berusia 121 tahun ini kita nak tengok bagaimana kita boleh bantu sedikit sebanyak dalam konteks penyelengaraan," katanya.

Pada lawatan itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.05 juta kepada sekolah itu yang mana RM300,000 adalah untuk kerja pendawaian, RM700,00 bagi pembelian sebuah bas dan RM50,000 untuk pengurusan.

Beliau kemudian membuat lawatan ke Kompleks International Baccalaureate Sultan Azlan Shah, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan menerima taklimat mengenai pencapaian dan keperluan MCKK daripada pengetuanya, Anand Baharuddin dan turut dihadiri Pengerusi Yayasan MCKK, Tun Hanif Omar.

Mahdzir berjanji membantu pihak sekolah berkenaan dalam dua kemudahan yang diperlukan iaitu bangunan tambahan bagi pusat sumber dan bas sekolah baru menggantikan dua bas yang sudah uzur kerana digunakan sejak 1980 dan 1983.

Beliau kemudian turut berkesempatan memberi ucapan kata-kata semangat kepada pelajar MCKK sebelum mengakhiri lawatan.

Berita Harian X