KUALA LUMPUR: Pengurusan kanan dan Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Bhd (MPB) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sini, hari ini.
Lawatan diketuai Pengerusi MPB, Tan Sri Ismee Ismail bertujuan meninjau operasi integrasi editorial dan kandungan tiga akhbar Kumpulan NSTP - BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro serta produk digital terbitan NSTP yang dilaksanakan sejak 1 Februari lalu.
Selain meninjau pusat operasi editorial, mereka turut dibawa melawat Pusat Sumber NSTP dan Studio Jalan Riong Digital Photo NSTP.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Jalil Abdul Hamid; Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi, Saidon Idris; Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman; Pengarang Eksekutif NST, Muzli Md Zin dan Pengarang Eksekutif HM, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.