Sabtu, 3 Februari 2018 | 9:58am

Festival GegaRia bermula

JOHOR BAHRU: Festival GegaRia edisi kedua yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall di sini, mula dibanjiri pengunjung pagi ini.

Pembuka tirai Festival GegaRia anjuran Media Prima Berhad itu bermula dengan zumba oleh jurulatih kecergasan, Hanif Shawn, seawal jam 8.30 pagi dengan menyaksikan pembabitan hampir 500 pengunjung.

Seramai 500 pengunjung terawal yang mendaftar untuk acara zumba, membawa pulang beg istimewa dan baju-T edisi terhad Festival GegaRia.

Acara turut diselitkan dengan beberapa segmen cabutan bertuah yang menawarkan empat utas jam tangan masing-masing bernilai RM1,299 setiap satu dengan mendaftar menerusi dalam talian #gogegaria.

Aktiviti kecergasan Zumba pagi ini adalah sebahagian daripada aktiviti menarik yang berlangsung di bawah Zon Gaya Hidup #Gegaria.

PESERTA yang menyertai acara Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Eizairi Shamsudin

Antara aktiviti lain yang turut diadakan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam ini ialah sukan rakyat, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, aktiviti permainan buih gergasi, tutorial mekap, demonstrasi masakan dan persembahan artis.

Kemuncak program akan menyaksikan persembahan menarik artis tempatan seperti Plague of Happiness, Priscilla Abby, De Fam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Masdo dan Bunkface.

Festival GegaRia menampilkan lima zon kontena iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

PESERTA mula mendaftar bagi program Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Bhd yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah
PESERTA mula mendaftar bagi program Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Bhd yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah
PESERTA yang menyertai acara Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Eizairi Shamsudin
PESERTA yang menyertai acara Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Eizairi Shamsudin
PESERTA yang menyertai acara Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Eizairi Shamsudin
PESERTA yang menyertai acara Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Eizairi Shamsudin
PESERTA mula mendaftar bagi program Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Bhd yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah
PESERTA mula mendaftar bagi program Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Bhd yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah
ANTARA gelagat pengunjung ketika Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah

Berita Harian X