Rabu, 10 Januari 2018 | 4:37pm
AKIM & The Majistret.
AKIM & The Majistret.
MASDO.
MASDO.

Lima artis meriahkan Festival GEGARIA

KUALA LUMPUR: Festival GEGARIA yang akan berlangsung Sabtu ini di Setia City Convention Centre, Shah Alam, turut diserikan dengan persembahan artis tempatan.

Persembahan di pentas utama itu menampilkan penyanyi terkenal iaitu Noh Salleh, Bunkface, De Fam, Akim & The Majistret dan Masdo.

Selain acara hiburan, festival turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti permainan, program kecergasan, makanan dan fesyen.

Selain berlangsung di Shah Alam, festival yang menggabungkan pelbagai elemen gaya hidup berkonsep santai dan 'hipster' itu juga akan menemui orang ramai di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 3 Februari dan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari.

Berita Harian X