Rabu, 13 Disember 2017 | 8:57am

1,464 mangsa banjir dipindah di Kota Belud

KOTA BELUD: Jumlah mangsa yang dipindahkan berikutan banjir yang melanda daerah ini sejak petang kelmarin meningkat kepada 1,464 awal pagi ini berbanding 409 orang malam tadi.

Daripada jumlah itu, masing-masing 532 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said, manakala 643 mangsa di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 dan seramai 289 mangsa lagi di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, di sini.

Selain tiga pusat pemindahan itu, sebuah lagi pusat pemindahan dibuka petang semalam iaitu Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Said, namun belum ada jumlah mangsa yang dipindahkan.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud, dalam kenyataannya sebentar tadi berkata dua sungai utama iaitu Sungai Tempasuk dan Sungai Abai masing-masing masih pada paras amaran dan bahaya.

"Setakat pagi ini Sungai Tempasuk mencatat paras amaran iaitu 4.58 meter, manakala Sungai Abai berada di paras bahaya iaitu 5.63 meter. Bagaimanapun, Sungai Kadamaian sudah mencatat bacaan normal iaitu 0.95 meter," katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Sebanyak 26 kampung di sekitar daerah ini dinaiki air sejak tengah hari semalam berikutan hujan berterusan bermula pagi kelmarin yang menyebabkan tiga sungai utama di daerah ini melimpah.

MANGSA banjir beberapa buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin

BANJIR turut melanda SK Kesapang, di Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin

Kampung terbabit ialah Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Sembirai, Lingkodon, Linau, Suang Punggur, Menunggui, Song-Song, Sangkir, Karang Benai, Kota Bungan dan Tawadakan.Kampung lain yang terjejas ialah Lentigi, Tanjung Wakap, Lebak Engad, Keranjangan, Rangalu, Tombol, Siasai Tamu, Limatok, Pompod dan Kampung Kota Belud.

Keadaan itu turut menyebabkan sembilan laluan terputus kelmarin iaitu Jalan Kampung Marajah-Donggoi, Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat dan Jalan Kampung Sembirai.

Laluan lain yang terjejas ialah Jalan Kampung Lebak Engad, Jala Kampung Linau, Jalan Kampung Menunggui, Jalan Kampung Bobot, Jalan Kota Belud dan Jalan Siasai Tamu.

KEADAAN banjir di sekitar Tenghilan, Tuaran, semalam. - Foto Razik Zayad

ANGGOTA APM membantu memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara, di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, semalam. - Foto APM
ANGGOTA APM membantu memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara, di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, semalam. - Foto APM
MANGSA banjir beberapa buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
MANGSA banjir beberapa buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
MANGSA banjir beberapa buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
MANGSA banjir beberapa buah kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Tuan Said, Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
BANJIR turut melanda SK Kesapang, di Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
BANJIR turut melanda SK Kesapang, di Kota Belud. - Foto Izhari Ariffin
Berita Harian X