Sabtu, 9 Disember 2017 | 10:35am
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad semasa menyertai kayuhan bersama peserta ketika Program Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa di Tapak Hot Air Ballon Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

500 peserta meriahkan HARA 2017

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Seramai 500 orang peserta memeriahkan sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2017 bagi mencerminkan komitmen rakyat membanteras rasuah di negara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam kenyataannya berkata, sambutan itu menyusuli pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003, memilih 9 Disember sebagai Hari Antirasuah Antarabangsa.

"SPRM mahu menumpukan kepada peningkatan kesedaran umum mengenai bahaya rasuah dan mahu mendekatkan masyarakat dengan SPRM selaras dengan dasarnya, Mesra Rakyat Digeruni Rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bergambar bersama peserta larian ketika Program Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa di Tapak Hot Air Ballon Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad semasa melepaskan peserta larian ketika Program Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa di Tapak Hot Air Ballon Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

"Kita mahu sokongan yang padu daripada rakyat di negara ini untuk bersama-sama membanteras rasuah secara menyeluruh dalam pelbagai aspek," katanya.

Sambutan HARA 2017 pagi tadi dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dengan melepaskan peserta Larian dan Kayuhan GERAH Hari Antirasuah Antarabangsa (LANGKAH) 2017 di sini, hari ini.

Ia membabitkan acara larian sejauh lima kilometer (km) dan kayuhan basikal 10 km bertema Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah.

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Diana Danielle dan Isma Danial.

"Program LANGKAH 2017 adalah terbuka kepada Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) berdaftar selain orang awam yang berminat.

"Di samping itu, pelbagai kegiatan dan permainan menarik juga disediakan bagi kanak-kanak yang mengikuti ibu bapa ke sambutan ini selain Pameran GERAH dan SPRM," katanya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan peserta larian pada Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2017 di Tapak Belon Udara Panas hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X