Jumaat, 27 Oktober 2017 | 5:49pm
KAKITANGAN Kementerian Kewangan mengikuti pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui siaran langsung di televisyen di Kementerian Kewangan hari ini.- Foto BERNAMA
KAKITANGAN Kementerian Kewangan mengikuti pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui siaran langsung di televisyen di Kementerian Kewangan hari ini.- Foto BERNAMA

Langkah mudahkan penjawat awam miliki rumah

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah idaman, bermula 1 Januari tahun depan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah pertama, penjawat awam dibenarkan untuk memohon pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf.

Kedua, memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

Ketiga, membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau 'joint-loan' daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Keempat, membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.

 

Berita Harian X