Rabu, 18 Oktober 2017 | 11:54pm

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Sulawesi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana 5.7 magnitud dikesan di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 9.40 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), dalam satu kenyataan berkata, gempa direkodkan berlaku kira-kira 79 kilometer (km) ke arah Barat Daya Gorontalo, Indonesia dan 715km ke arah Tenggara Semporna, Sabah.

"Tiada ancaman tsunami dikeluarkan," katanya.

Pada 8 malam ini, satu gempa bumi kuat 6.1 magnitud turut menggegar Kepulauan Tonga, kira-kira 891km Tenggara Laucala, Fiji dan 7,919km Tenggara Semporna, Sabah.

Berita Harian X