Rabu, 18 Oktober 2017 | 9:48pm

Gempa bumi kuat landa Pulau Tonga

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat 6.1 magnitud melanda Pulau Tonga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 891km dari tenggara Laucala, Fiji dan 7,919 dari tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata gempa bumi berkenaan tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

Berita Harian X