Jumaat, 15 September 2017 | 10:41am

#mohngetehmerdekakklw 2017 meriah

ISMAIL Sabri bersama peserta pada Program #mohngetehmerdekakklw 2017 di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani. - Foto Nor Farhani Che Ad
ISMAIL Sabri bersama peserta pada Program #mohngetehmerdekakklw 2017 di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani. - Foto Nor Farhani Che Ad

SUNGAI PETANI: Lebih sejuta komuniti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menghadiri program #mohngetehmerdekakklw 2017, semalam, sebagai acara kemuncak sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian berkenaan.

Majlis itu diadakan serentak di empat lokasi utama dan 12,246 lokasi lain di dalam dan luar negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menghadiri program utama di Institut Kemahiran MARA di sini.

Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menyertai program di Kampung Gong Datok, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan, manakala Datuk Alexander Nanta Linggi, menyertai program di Balai Raya Song, Song, Sarawak.

AHMAD Jazlan (dua dari kanan) bersama penduduk Kampung Gong Datuk, Gaal, Pasir Puteh, pada Program #mohngetehmerdekakklw 2017. - Foto Faris Zainuldin
AHMAD Jazlan (dua dari kanan) bersama penduduk Kampung Gong Datuk, Gaal, Pasir Puteh, pada Program #mohngetehmerdekakklw 2017. - Foto Faris Zainuldin

BORHAN bersama warga kementerian menjayakan Program #mohngetehmerdekakklw 2017 di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
BORHAN bersama warga kementerian menjayakan Program #mohngetehmerdekakklw 2017 di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Simbolik kerjasama KKLW

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Borhan Dolah, pula menghadiri program berkenaan di Dewan Sri Lestari kementerian itu di Putrajaya.

Ismail Sabri berkata, sambutan program itu menjadi simbolik kerjasama antara KKLW dengan semua pihak berkepentingan di samping mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara.

"Pada awal, kita mensasarkan sejuta peserta yang membabitkan komuniti KKLW termasuk pelajar dan masyarakat setempat. Bagaimanapun, ada penambahan peserta apabila ramai yang berminat menyertainya berbanding tahun lalu dan turut disertai pelajar kita di luar negara," katanya.

Tahun lalu, #mohngetehmerdekakklw menghimpunkan lebih 609,000 peserta di seluruh negara, yang turut dirasmikan Ismail Sabri di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pengkalan Chepa, Kelantan.

ETNIK Uighur di wilayah Xinjiang. - Foto AFP
ETNIK Uighur di wilayah Xinjiang. - Foto AFP

Berita Harian X