Jumaat, 8 September 2017 | 12:06am
TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (tengah) bergambar bersama Pemenang dari Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) yang memenangi hadiah saguhati dan utama kategori akhbar berbahasa Melayu dari Berita Harian dan Inggeris dari New Straits Times bersama televisyen berbahasa Cina dan Inggeris dari NTV7, dan Melayu dari TV3, ketika majlis anugerah media kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2017 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PEMENANG saguhati dan utama kategori Anugerah Kesihatan akhbar berbahasa Melayu dari Berita Harian, Halina Mohd Nor (kiri) dan Osman Lisut (kanan), ketika majlis anugerah media kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2017 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Media Prima bolot hadiah utama Anugerah Kewartawanan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad membolot 12 hadiah termasuk empat kategori terbaik pada malam Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 di sebuah hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

Wartawan BH dipilih penerima Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 (Akhbar Bahasa Melayu) menerusi rencana bertajuk 'Suntikan Vitamin C bawa maut'.

Dengan pemilihan itu, Osman Lisut, Halina Mohd Noor dan Ilah Hafiz Aziz, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan pada malam Anugerah Media Kesihatan Institut Akhbar Malaysia (MPI) 2017, malam tadi.

Panel juri juga memilih rencana bertajuk 'Stevia Palsu' tulisan Osman, Rashiqah Ilmi Abdul Rahim, Mohd Farid Noh dan Suhaila Shahrul Annuar untuk hadiah sagu hati.

Sementara itu, Pengarang Berita New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Wartawan NST, Aliza Shah, menang Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 (Akhbar Bahasa Inggeris) menerusi artikel bertajuk 'Killer Cosmetics'.

Wartawan NST, Tharanya Arumugam pula memenangi hadiah sagu hati bagi artikel berjudul 'Mental health affecting Malaysians'.

Bagi kategori TV, Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 (Bahasa Melayu) dimenangi Wartawan TV3, Irin Putri Azmi, manakala Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 (Bahasa Inggeris) diraih wartawan NTV7, Nor Farah Nabila Mohd Wazer.

Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik 2017 (Bahasa Mandarin) digondol wartawan penyiaran, Ng Mee Chee.

Masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan.

Semua hadiah disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min; Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi MPI, Datuk Chamil Wariya.

Tahun ini, sebanyak 340 penyertaan diterima daripada pelbagai media cetak, elektronik dan media sosial.

Sementara itu Dr Hilmi berkata, media memainkan peranan penting membantu dalam menyalurkan maklumat tepat kepada orang ramai berkaitan isu kesihatan.

"Penjagaan kesihatan bukan sahaja tanggungjawab kementerian, sebaliknya media memainkan peranan menyumbangkan maklumat bagi menyedarkan orang ramai mengenai pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit," katanya.

Berita Harian X