Isnin, 4 September 2017 | 2:15pm
Keluarga pelarian di Sanliurfa, Turki antara yang menerima sumbangan daging korban daripada MLLFS dan TSDBJ sempena Aidiladha - Foto Ihsan MLLFS/TSDBJ
Keluarga pelarian di Sanliurfa, Turki antara yang menerima sumbangan daging korban daripada MLLFS dan TSDBJ sempena Aidiladha - Foto Ihsan MLLFS/TSDBJ

Pelarian di Turki, Syria nikmati daging korban

KUALA LUMPUR: Lebih 700 keluarga pelarian Syria termasuk di pinggir wilayah konflik Aleppo, menerima daging korban sempena Aidiladha sempena program korban dua badan kemanusiaan (NGO) Malaysia.

Sejumlah 261 kambing dikorbankan sempena program korban agung anjuran Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) hasil sumbangan rakyat Malaysia, tidak termasuk 50 ekor kambing di Turki.

Daripada jumlah itu, 20 ekor dikorbankan dan dagingnya diagihkan untuk pelarian Syria di Gazientep, Turki.

Jurucakap MLLFS berkata, sekurang-kurangnya 200 keluarga di kem pelarian Syria di Sanliurfa, Turki, menerima daging korban itu termasuk golongan ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

"Ini adalah kali pertama MLLFS bekerjasama dengan TSDBJ bagi menjayakan program korban untuk pelarian Syria. Kerjasama NGO anak muda ini selepas kejayaan misi konvoi ambulans ke Syria," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, lima sukarelawan MLLFS dan TSDBJ diketuai sukarelawan, Ubaidah Basit, berlepas dari Malaysia pada 29 Ogos lalu untuk menjayakan misi korban di Turki dan Syria.

Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 7 September ini.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman Facebook Malaysian Life Line For Syria atau Tangisan Syria di Bumi Jordan.

Berita Harian X