Selasa, 15 Ogos 2017 | 10:05am
PENGEMBARAAN menggunakan 'campervan'. - Foto Ifwan Tun Tuah
PENGEMBARAAN menggunakan 'campervan'. - Foto Ifwan Tun Tuah
AKTIVITI 'campervan' kini semakin popular dalam kalangan masyarakat negara ini. - Foto Ifwan Tun Tuah
AKTIVITI 'campervan' kini semakin popular dalam kalangan masyarakat negara ini. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMILIK campervan, Zhafir Ahmad Ansari. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMILIK campervan, Zhafir Ahmad Ansari. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMILIK campervan, Emirol Rashid Yusof. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMILIK campervan, Emirol Rashid Yusof. - Foto Ifwan Tun Tuah

Perkhemahan campervan ala-Malaysia

PENGEMBARAAN menggunakan 'campervan' kini semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama yang inginkan percutian mencabar bersama keluarga dalam suasana lebih selesa.

Bagi mereka, bercuti menggunakan van dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan dapur, adalah pengalaman menyeronokkan kerana boleh tidur di mana-mana sahaja tanpa perlu membuat tempahan penginapan.

Mereka juga tidak terikat pada masa mendaftar masuk dan keluar hotel, malah mempunyai kebebasan memilih lokasi perkhemahan paling cantik atau hampir dengan lokasi tarikan pelancongan utama tanpa masalah.

Ketika ini, bilangan penggemar aktiviti berkenaan semakin berkembang dan kebanyakan mereka aktif berkongsi minat dalam kumpulan Facebook dikenali sebagai Peminat Camper Malaysia (PCM) dan My Campervan Malaysia.

Seorang pemilik campervan, Emirol Rashid Yusof, 32, yang juga pentadbir data PCM, berkata perkongsian minat membolehkan banyak isu serta mitos mengenai aktiviti itu dibincangkan dan diselesaikan.

VAN Inokom Permas. - Foto Ifwan Tun Tuah
VAN Inokom Permas. - Foto Ifwan Tun Tuah

PEMINAT 'campervan' perlu menyesuaikan aktiviti ini mengikut cuaca Malaysia, dengan memilih lokasi sesuai seperti di bawah teduhan pokok atau kawasan tanah tinggi. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMINAT 'campervan' perlu menyesuaikan aktiviti ini mengikut cuaca Malaysia, dengan memilih lokasi sesuai seperti di bawah teduhan pokok atau kawasan tanah tinggi. - Foto Ifwan Tun Tuah

"Antara perkara menghalang minat orang adalah harga campervan terlalu mahal, malah ada dijual sehingga RM600,000.

"Kita akhirnya mengetahui terdapat prosedur tertentu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang membolehkan van diubah suai untuk tujuan itu dengan kos munasabah.

"Malah, sebenarnya van biasa juga boleh digunakan untuk aktiviti ini tanpa memerlukan ubah suai asalkan kita memastikan pengudaraannya baik dan menyediakan tempat tidur selesa dengan melipat kerusi bahagian belakang," katanya yang menggunakan van Inokom Permas.

Selain itu, antara isu diperkatakan adalah cuaca di negara ini tidak sesuai untuk aktiviti itu selain ketiadaan banyak tapak campervan seperti terdapat di kebanyakan negara maju, termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

      

Katanya, peminat perlu menyesuaikan aktiviti ini mengikut cuaca Malaysia, dengan memilih lokasi sesuai seperti di bawah teduhan pokok atau kawasan tanah tinggi.

Sementara itu, seorang lagi pemilik campervan, Zhafir Ahmad Ansari, 37, yang turut menggunakan van Inokom Permas, berkata masa berkualiti ketika percutian dapat dimaksimumkan dengan aktiviti itu kerana segala keperluan dibawa bersama dengan teratur.

PEMINAT 'campervan' bebas memilih lokasi perkhemahan paling cantik atau hampir dengan tarikan pelancongan utama tanpa masalah. - Foto Ifwan Tun Tuah
PEMINAT 'campervan' bebas memilih lokasi perkhemahan paling cantik atau hampir dengan tarikan pelancongan utama tanpa masalah. - Foto Ifwan Tun Tuah

KERUSI belakang van yang dilipat untuk dijadikan tempat tidur. - Foto Ifwan Tun Tuah
KERUSI belakang van yang dilipat untuk dijadikan tempat tidur. - Foto Ifwan Tun Tuah

"Kita hanya perlu pilih lokasi sesuai dan letakkan kenderaan di situ. Ia sangat ringkas, tidak perlu buang masa bawa keluar beg atau barangan untuk masuk ke penginapan lain. Semuanya boleh dilakukan dalam campervan," katanya.

Katanya, bagi pemilik van yang tidak mempunyai tandas, mereka perlu kreatif mencari lokasi sesuai yang menyediakan kemudahan itu dan ia tidak sukar kerana terdapat banyak tapak perkhemahan atau tandas awam di lokasi tarikan pelancong.

Kedua-dua mereka ditemui BH pada acara pertemuan dan perkhemahan pemilik serta peminat campervan di Pantai Nelayan Batu 4, di Port Dickson, baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Overlanders 3F (O3F), Mohd Amirul Ramlan, berkata pihaknya merancang acara 'Malaysia First Campervans & Campers Gathering 2017' di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Oktober depan.

"Kami berhasrat mengumpulkan peminat aktiviti perkhemahan berkenderaan terutama campervan untuk mempromosikan aktiviti berkenaan sebagai satu gaya hidup yang baharu di negara ini," katanya.

 

INFO:

  • Keperluan asas aktiviti campervan: Lampu, kipas atau pendingin hawa
  • Kuasa elektrik diperoleh daripada bateri 'deep cycle' atau generator
  • Nama lain campervan: Karavan, 'motorhome' dan kenderaan rekreasi (RV).
Berita Harian X