Sabtu, 12 Ogos 2017 | 4:47pm

Tingkatkan usaha pelbagai kaum sertai PALAPES

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mahu usaha ditingkatkan bagi menarik lebih ramai mahasiswa dari pelbagai kaum untuk mengikut program Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Titah baginda, ia sekali gus akan meningkatkan lagi semangat muhibah bagi melalui latihan yang berteraskan semangat berpasukan.

Baginda bertitah, program PALAPES di universiti awam yang telah bermula sejak 1980an adalah bertujuan untuk menyediakan bakal pemimpin dalam angkatan tetap dan pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada kalangan graduan universiti.

"Sehingga kini, ia sudah berjaya meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa yang menyertainya.

"Beta berharap agar graduan yang diterapkan melalui latihan ketenteraan di PALAPES akan menjadi warga negara yang berkualiti dan diharap akan memberi nilai tambah kepada negara dan bangsa.

"Beta juga berharap agar usaha-usaha akan terus ditingkatkan bagi menarik lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kaum untuk mengikuti program ini," titah baginda.

Baginda bertitah pada Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-36 Tahun 2017, di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dr Hassan Said.

Seramai 1,832 pegawai kadet PALAPES daripada 18 universiti awam ditauliahkan ke dalam Kor Askar Wataniah Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini.

Sultan Muhammad V bertitah, sebagai seorang pegawai tentera, pegawai kadet PALAPES perlu menonjolkan diri serta bersikap positif pada setiap masa.

Titah baginda, ia perlu bagi mengekalkan kredibiliti sebagai seorang pegawai, sekali gus mengangkat martabat ATM pada kaca mata masyarakat.

"Beta menyeru saudara saudari agar berani menegakkan kebenaran dan pada masa sama, sentiasa memperbaiki diri dan sedia menerima teguran," titah baginda.

SULTAN Muhammad V berkenan menyampaikan titah sempena Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-36 Tahun 2017, di Padang Kawad UiTM Shah Alam, di Shah Alam, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SULTAN Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-36 Tahun 2017, di Padang Kawad UiTM Shah Alam, di Shah Alam, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

ISTIADAT Perbarisan Diraja Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-36 Tahun 2017, di Padang Kawad UiTM Shah Alam, di Shah Alam, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Berita Harian X