X
Khamis, 20 Julai 2017 | 2:20pm
 MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem diiringi Pengerusi NIOSH Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (empat dari kiri), Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman (lima dari kiri), Exco Perpaduan, Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Zahrim Osman (enam dari kiri) melihat demonstrasi ketika majlis perasmian Pejabat NIOSH Wilayah Selatan (Pengerang) di Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto Hairul Anuar Rahim

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem menyampaikan plak kepada Pengerusi NIOSH Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (dua dari kanan) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman (kiri), Exco Perpaduan, Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Zahrim Osman (kanan) ketika majlis perasmian Pejabat NIOSH Wilayah Selatan (Pengerang) di Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto Hairul Anuar Rahim

NIOSH buka pejabat baharu di Pengerang

KOTA TINGGI: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) membuka pejabat baharu di Pengerang menjadikan keseluruhan kini sebanyak 15 pejabat dan cawangan di seluruh negara.

Pelancaran pejabat terbaharu di daerah ini disempurnakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, hari ini.

Pejabat NIOSH Wilayah Selatan (Pengerang) yang terletak di Jalan Kempas 1, Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini, adalah cawangan kedua di Johor selepas Johor Bahru.

Pengerusi Lembaga Pengarah NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata NIOSH menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi kehendak industri di daerah Kota Tinggi termasuk Kawasan Perindustrian Pengerang dan Tanjung Pengelih, selain industri petroleum dan gas di bawah projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

"Langkah NIOSH membuka lebih banyak cawangan bertujuan memudahkan pelanggan, selain menjimatkan masa dan kos manakala majikan juga tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak menghantar pekerja mengikuti latihan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

"Diharapkan pembukaan pejabat satelit NIOSH di Pengerang ini dapat meningkatkan kesedaran berkaitan OSH, seterusnya memberikan impak positif kepada pembangunan dan peningkatan produktiviti industri, terutama di kawasan pembangunan projek RAPID," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis perasmian pejabat NIOSH Wilayah Selatan Cawangan Pengerang, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananthan.

Sementara itu, Riot berkata, ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada rakyat.

Katanya, penubuhan pejabat NIOSH Wilayah Selatan Pengerang diharap memacu peningkatan kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Johor, seiring perkembangan bandar utama di negara ini.

Berita Harian X