Isnin, 10 Julai 2017 | 5:17pm
⁠⁠⁠⁠TODAY⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠+60 19-222 9090Sobri Sudin⁠⁠⁠⁠⁠
⁠⁠⁠⁠TODAY⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠⁠+60 19-222 9090Sobri Sudin⁠⁠⁠⁠⁠

Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima terima sumbangan

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya kepada Pengurus Besar Kumpulan (Kumpulan Komunikasi Korporat) Media Prima Berhad, Azlan Abdul Aziz (kiri) sambil disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (Kemas), Datuk Amiruddin Ariffin (tengah) di Majlis Sambutan Aidilfitri Kemas yang diadakan di Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini menyampaikan sumbangan RM91,190 kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima sebagai tanda prihatin membantu etnik itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kutipan itu hasil sumbangan 18,000 kakitangan KEMAS dan ahli Kesatuan Jabatan Kemajuan Masyarakat Se-Malaysia di yang dilaksanakan sejak November tahun lalu.

"Kita dapat mengumpulkan dana dalam tempoh tiga bulan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan ditanggung masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.

"Usaha ini adalah tanda simpati, sokongan dan keprihatinan warga KEMAS ke arah meringankan penderitaan dilalui masyarakat Rohingya, " katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima di sini, hari ini.

Ismail Sabri menyampaikan dua replika cek sumbangan berjumlah RM61,089 dan RM30,101 kepada Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Azlan Abdul Aziz.

November tahun lalu, Media Prima Bhd (Media Prima) melancarkan tabung bagi mengumpul dana membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa keganasan di Myanmar.

Penubuhan tabung itu bertujuan meringankan beban etnik Rohingya di samping menyatukan masyarakat di negara berkenaan tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik untuk menghulurkan sumbangan.

Orang ramai boleh memberi sumbangan kepada akaun 5642-7652-2630 (Maybank), Maybank2u.com, pindahan wang melalui ATM, talian perbankan Kawanku, deposit tunai dan deposit cek di mesin Maybank serta kaunter Maybank.

Sumbangan melalui cek atas nama Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima boleh dibuat di Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima di Tingkat 1, Anjung Riong, 31 Balai Berita, Jalan Riong 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-2724 8959/8957 atau layari www.mediaprima.com.my/donate-for-rohingya.

Berita Harian X