Rabu, 21 Jun 2017 | 5:38pm

FGV: SPRM lengkap siasatan dalam masa terdekat

BEKAS Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad ditemubual pemberita sebaik keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan berkaitan siasatan terhadap FGV. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin dapat melengkapkan kertas siasatan berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa dalam Felda Global Ventures Bhd (FGV) dalam tempoh terdekat.

SPRM berkata, sebaik kertas siasatan lengkap ia akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, hari ini pihaknya mengambil keterangan bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bagi melengkapkan siasatan kes berhubung dakwaan membabitkan kedua-duanya.

"Susulan itu, SPRM akan meneliti keterangan yang diberikan oleh Isa serta isterinya dan siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.

"Sepanjang proses itu, kedua-duanya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

"SPRM juga yakin akan dapat melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berita Harian X